Sunday, March 6, 2011

Pengalaman Baru

Sudah dua bulan saya meninggalkan bumi Sepintar. Banyak kenangan manis yang dikongsi bersama warga SBPI Rawang. Apa pun terima kasih saya rakamkan buat rakan-rakan yang banyak membantu, membina dan membentuk diri saya sebagai pendidik selama ini.
Dan kini saya mula berkhidmat di SBPI Batu Rakit, menabur bakti yang selama ini ditagih oleh anak-anak desa di bumi kelahiran yang tercinta ini. Pengalaman baru pastinya dialami. Apa yang selama ini belum dialami kini mula ditempuhi. Suasana kerja, anak-anak pelajar, rakan-rakan guru, cabaran, halangan dan... semuanya berbeda daripada yang dahulu. Mungkin inilah pengalaman dan dugaan yang bakal diharungi. Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah kerana pastinya terbentang luas peluang untuk diri ini menimba lebih banyak pengalaman khususnya dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar. Amatlah diharapkan agar diri ini dikurniakan kekuatan untuk terus berbakti.. buat agama, anak bangsa dan negara.